family

family

sibling

sibling

sweets heart

sweets heart

BESTIES FOREVER !

BESTIES FOREVER !
blogger. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 27 Ogos 2013

Syukur Ya Allah !

Assalamualaikum !
ALHAMDULILLAH , perkata pertama yang aku ingin ucapkan . Akhirnya berjaya juga aku ingin menyambung pelajaran ke menara gading , Rezeki Allah berikan untukku ! Biar pun ia bukan la bergelar universiti , tetapi ia bergelar universiti buat aku . Biarkan orang memandang rendah pada tempat untuk kita mendapatkan ilmu , tetapi ia adalah tempat yang termulia untuk kita mengapai kejayaan .
#semoga aku mengapai kejayaan sehingga ke menara gading ! Allahuma Amin :)

*Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah , Kulim , Kedah ~ im coming ! inn shaa Allah , sampai masa saya sampai jumpa awak disana !




# Allah permudahkan segala Urusanku diDunia dan diAkhirat-Mu . Jadikan lah aku umat-Mu yang Solehah , perindahkanlah Akhlak ku , peliharalah perilaku-Ku , perliharalah kehormatanKu . perliharalah diriKu dari segala godaan syaitan !Ya Allah , berikan lah aku semangat untuk lebih berjaya agar dapat aku membalas jasa ibu bapa dan seluruh keluarga-ku . Allahuma Amin ~

Sabtu, 10 Ogos 2013

SelamatKan Mesir ! Selamatkan saudara - saudara Islam !

Bismillahhirrahmanirrahim ! Assalamualaikum w.b.t ,

Alhamdulillah , Allah masih panjang kan umur saya lagi hari ni . terima kasih Allah ! masih memberi kami menghirup udaraMu dimuka bumi ini .
Subahanaallah , Allahuakbar ! sekarang semua mencerita tentang umat Islam di Mesir . apakah yang berlaku disana ? adakah umat Islam disana masih lagi selamat ? Ya Allah , kau beri kan lah bantuan kepada umat Islam di Mesir , seperti kau memberi bantuan kepada umat Islam terdahulu dengan menghantarkan burung ababil . berikan lah kekuaan kepada mereka untuk menepuh segala dugaan . kau berikan lah kedamaian kepada meraka yaAllah , seperti kau berikan kedamaian kepada kami . Amin YaRabballamin.

Dan kami kirim kepada mereka burung ababil. melontari mereka dengan butiran batu kecila panas, yangmenjadikan tubuh mereka berlubang-lubang seperti daun dimakan ulat.(Q.S.AL Fiil 105: 3-5)


Sabtu, 3 Ogos 2013

Kenangan

assalamualaikum wbt .

salam ramadan buat semua umat islam .
walaupun dah nak habis ramadan , saya baru nak ucap kan . tapi tape kan , kan ?
Alhamdulillah , masih diberi nafas untuk menghirup udara yang segar dimuka bumi ALLAH ini .
hari ini merupakan , last jumaat untuk ramadan , tahun ini . tahun depan inn sha Allah , ade lagi :)
Tahun niy rase macam puasa tak puasa je , yelaa .abang ipar terlampau rajin nak bukak bazar kat plaza hang tuah pulak . dan rase macam tak raya je tahu niy , barang raya pun tak jumpe . nak jumpa macam mana pulak kan , malam dah tentu-tentu kat kedai , balik tentu la pagi-pagi buta . 3-4 pagi tak sah la kalau tak sampai rumah . balik rumah confirm tidur sampai ke tengahari . tuh pun rase macam tak larat je nak bukak mata , mcm dah kena gam rasa nya . sabar jelaa , tengahari pulak mesti nak rehat-rehat . petang tentu dah nak pergi kedai . life macam dah kat kedai je , sabarr . sabarr .dugaan . dan rezeki dari Allah .
Dan tahun niy , Alhamdulillah , perkenalan yang mengembira kan . perkenalan kali niy , harap kekal hingga jannah Allah . AMIN ~ Alhamdulillah , terima kasih Allah . hadiah kan dia untuk menjadi pebimbing aku merubah menjadi wanita solehah . Aku akan jaga , hubungan ini mengikut syariatt-Mu . Inn Sha Allah .

Sabtu, 13 April 2013

PERASAAN ,

Assalamualaikum ,hai kawan-kawan .. :)

ewahhh ,terlampau rajin la pulak nak mengupdate blog niy .. bulan 4 niy banyak la pulak luahan rasa .. yang sorang luah yang tu , sorang lagi luah yang nie .. sebagai kawan jadi la pendengar yang setia , supaya kurang sikit beban kawan .. ok , .seperti tajuk yang telah ditetap kan sejak awal tadi ,Perasaan ?
Perasaan nie macam-2 sebenarnya , sayang ,rindu ,kecewa ,sedih , suka dan macam-macam lagi laa , byk sebenarnya kalau nak cerita pasal perasaan nie , tapi biase la budak-budak remaja sekarang ,semua ye berkesahkan tentang ape lagi kalau bukan C.I.N.T.A ~ ouhh ,sungguhh ................
Korang yang perempuan nie mesti penah berkawan dengan lelaki kan , maksud disini bukan kawan mesra ,tapi kawan sejak dari kecik , kira macam kawan rapat atau seumpaannya la .. mesti ade kan , walaupun sorang .. tapi korang penah tak rase sesuatu perasaan yang lain bila dah besar , perasaan yang lebih dari seorang kawan rapat ..perasaan sayang lebih sayang dari seorang sahabat ..sesetengah orang mesti ade kan , tapi sesetengah ye tak ..

Lumrah la kalau rase macam tu , laa macam cekarama dalam TV tu ,. mula-2 kawan ,last kawin .. bukannya susah pun kan ,tapi ade jugak tidak ..tapi episod kali nie ,usia masing-masing baru je mencecah 18 tahun ,tak tahu ape akhir dihujung episod nya nanti ,memdebarkan kan ? tapi masing-masing macam saling sayang menyayangi ,tapi yang pasti si perempuan sayang lelaki tu ,tapi si lelaki ? i don't no ..mugkin ade ,dan mungkin nya tak ,.

Ape yang pasti rancangan ALLAh itu indah , ape yang Allah telah tetap kan kita harus terima dengan redha ,kan ? inn sha Allah , ape yg telah ditetapkan akan menjadi indah buat kita sebagai umat nya , A.M.I.N ~


  • buat sahabat ,lakukan solat istikhrah semoga kamu ,mendapat pentunjuknya ,adakah die adalah jodoh kamu ,, disini daku titip kan segala kelengkapannya , semoga kamu yakin dia adalah jodoh kamu .
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
.
doa solat istikharah
.
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.




Khamis, 11 April 2013

SAHABAT !

Assalamualaikum .. hai-2 ..
lame tak betul tak update blog ,dan selama itu jugak tak tahu nak update pasal ape ...
mungkin kali nie tajuk mcm ape je , tapi memberi seribu makna untuk seseorang yang tahu ape itu erti sahabat , kan ,kan ? lumrah kehidupan kalau gaduh-gaduh sayang dengan sahabat / kawan / rakan kan ?
tapi kalau gaduh besar@ besau bak kate orang melaka , hmm memang menakutkan ,silap-silap boleh pulak hilang kawan yang kite sayang ..tapi selagi kita digelar manusia di muka bumi Allah nie ,kita tak penah alpa dari membuat silapkan ,lagi-lagi dengan orang yang kita rapat seperti SAHABAT !
Tapi ,selagi kita bernyawa nie hargai la sahabat yang kita ada ,walau macam mane pun dia ,tak kira laa buruk ke , gemuk ke ,cantik ke , jahat ke ,mulut kepoh ke ,gedik ke , itu semua sahabat yang terindah kita bila kita tua nanti .. yakin laa !
 Walau macam mane ,buruk nya peragai die ,tolang jangan cakap belakang-2 yer ! mungkin kita tak tahu ape masalah die sehingga die boleh berperangai macam tu .. Masalah yang tak dapat di kongsi kan bersama orang lain ,. beri la nasihat yang baik ,jangan asyik nak menyindir-2 sahaja .. percaya la jika kita laku kan itu kepada orang nescaya orang akan laku kan perkara yang sama pada kita ,. berterus terang adalah jalan yang terbaik jika kita rase ape yang die laku kan tak sedap mata memandang ,.mungkin die tak sedar yang die lakukan tu perkara yang salah ,.kita selagi digelar sahabat tegur menegur itu adalah kewajipan ,.walaupun pahit untuk ditelan , kita kena jugak sampai kan dengan cara yang tak menyakitkan hati kawan..bukan mudah tapi sekurang-kurangnya kita berusaha ,. itu jugak boleh dibuat sebagai pengajaran untuk diri sendiri kan , tak salah ..tapi kalau die tak boleh nak terima teguran kita tu jangan pulak nak melenting-melenting .. mungkin die perlukan masa untuk mencerna ape yang kita sampaikan .. jadi la sahabat yang berguna , jadi la sahabat yang menyimpan rahsia ,walaupun rahsia tu sebesar kuman pun..bak kata perpatah bia pecah diperut ,jangan pecah di mulut . .

BUAT SAHABAT- SAHABAT KU :-
  1. jadi la sahabat yang terindah , walaupun ade kepahitan ..
  2. jadi la sahabat yang berguna ,walaupun diri kita tak berguna..
  3. jadi la sahabat yang sejati ,walaupun kita sering kali dikhianati..
  4. jadi la sahabat yang terbaik ,walaupun kita sering melakukan kesalahan ..
sahabat ! jangan la kita berpecah walau ape pun yang berlaku ,kata friends forever ! walauapapun yang berlaku dalam persahabatan kita , anggap itu adalah dugaan dan cobaan dari Allah ,.

tolong ! percaya antara satu sama lain ye ? jika berlaku pertelingkahan dengar la sebab dari kedua-dua belah pihak , kejam jika kita menuduh ,megkritik tanpa mengetahui sebab mereka jadi begitu .. percaya antara satu sama lain itu penting ! jangan asyik nak membela pada sebelah pihak sahaja , .kasihan pada yang sebelah pihak lagi , asyik dituduh .dan dikritik sahaja.. jadi la sahabat yang Adil & Saksama ! kelak kita disayangi .. INN SHA ALLAH !

renung-renung kan dan selamat beramal besties ! much love ,

Khamis, 26 Julai 2012

SALAM RAMADHAN _____ PLKN

ASSALAMUALAIKUM ,.

salam ramadhan buat semua muslimin dan muslimatt :)
 hari niy kite myambuat ramadhan ke-6 alhmdullilah Allah maseh panjangkan umur kite untuk berpuasa , melaksanakan rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa sebulan dalam bulan ramadhan .
dengan hadirnya bulan ramadhan yang mulia ini dapat kite megawal nafsu dari terbatalnya puasa kite pada siang hari . .dan kite dapat mgumpul pahala dengan melakukan ibadat wajib dan sunat . .
dan jangan kite lupe untuk berniat sebelum terbitnya fajar , berserta doa berbuka puasa :D


JANGAN ADE LEPAS NIY TAK PUASA DISEBABKAN TIDAK TAHU NIAT . .tiada alasan untuk berpuasa kecuali pada kaum hawa :)

the endd for ramadhan ,


AKHIR-NYA terjawab segala persoalan ,PLKN good by babe :)

i don't want to see u , haha . .
dengan tiga kali semakkan akhirnya keputusan yang sama :-
  cara 1- semakkan melalui http://www.abgteror.com/semakan-online-plkn-sesi-2013/
          2- melalui Sms , PLKN semakkan <nombor kad pegenalan> hantar ke 15888
          3- melalui my sister tolong check kan ,.

Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 10/2013. Terima kasih. 




Jumaat, 25 Mei 2012

exam finishh

yeahhhhhh !dah tamatt sudaa exam mid year :D yahoooo !
alhmdulillahh ,walaupun susa aku tetap bersyukurrr , diberi cuti 2 minggu pun memadaii lhaa jugak dari tade langsung ,haha


nak cuti nak cuti ,yeyeyyeyeyehhh :D